Distinguish Lecture Series On Youth Well-Being | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» DISTINGUISHED LECTURE SERIES » DISTINGUISHED LECTURE SERIES 1 » Distinguish Lecture Series on Youth Well-Being

Distinguish Lecture Series on Youth Well-Being

Gimik Pembukaan Syarahan Distinguish Lecture Series on Youth Well-Being

UPM Serdang,26 Julai 2022 - Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berangkat menyempurnakan Syarahan Distinguish Lecture Series on Youth Well-Being dan Pelancaran Program Belia Juara.

Program itu adalah anjuran Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY) dan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM).Sesi syarahan bersama DYTM Raja Muda Selangor yang julung kali diadakan ini menyampaikan titah baginda yang komited dalam usaha memperkasakan pembangunan belia di negara ini dengan melihat kepada peranan belia yang mampu menjadi agen perubahan.Syarahan ini mengetengahkan pengalaman dan sumbangan baginda menerusi penglibatan sebagai Penaung Eksekutif di Selangor Youth Community (SAY).
 
DYTM Raja Muda Selangor telah berkenan untuk melancarkan program Belia Juara yang merupakan cetusan idea baginda yang bertujuan memberi platform dan geran permulaan kepada organisasi belia untuk melakukan perubahan positif kepada komuniti setempat selari dengan Sustainable Development Goals di bawah inisiatif Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
 
Baginda juga telah berkenan untuk memberi geran yang pertama kepada persatuan pelajar Universiti Putra Malaysia. Geran Belia Juara ini terbuka kepada semua individu atau organisasi belia bukan sahaja di Selangor malahan seluruh Malaysia dan ASEAN. DYTM Raja Muda Selangor juga berkenan untuk menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Universiti Putra Malaysia dan Selangor Youth Community (SAY). Memorandum itu telah ditandatangani oleh Prof. Dr. Haslinda Abdulah sebagai Pengarah IPSAS, UPM manakala pihak SAY diwakili oleh Puan Nurul Azwa Mohd Rodzi selaku Ketua Pegawai Eksekutif.
 
 

Kemaskini:: 15/08/2023 [nm_aini]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXDdPAD~