Komuniti | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» JARINGAN » KOLABORASI » Komuniti

Komuniti

JARINGAN PROJEK INDUSTRI 2023

Pada 29 Julai 2023 Petronas Carigali Sdn. Bhd. dengan kerjasama Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM bersama Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) dan Sultan Idris Shah Forest Education Center (SISFEC) telah menjayakan Program “Exploration Planting Tomorrow Program 2023” yang terdiri daripada 65 pegawai dari Petronas Carigali Sdn.Bhd di SISFEC, UPM.

Program ini merupakan inisiatif daripada Prof. Madya Dr Haliza Abdul Rahman, Ketua Laboratori Belia dalam Kepemimpinan, Politik dan Kewarganegaraan, IPSAS, UPM selaku Pengarah Program.

Agenda program ini telah dimulakan dengan sesi ucapan aluan daripada Pengarah IPSAS, Prof. Dr. Haslinda Abdullah dan Puan Suhaileen Shahar selaku Custodian Petroleum Geoscience serta taklimat ringkas daripada Pegawai dari SISFEC.

Sebanyak 200 batang pokok telah ditanam seawal jam 10.30 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Para peserta telah diberikan tujuh (7) jenis pokok hutan yang sesuai di tanam iaitu Merbau, Meranti Melantai Kempas Rambai Jentik-Jentik Kelat (Syzygium dyerianum) dan Sentul (Sandoricum Beccarianum). Pemilihan pokok berdasarkan kesesuaiannya dari segi keupayaan memegang tanah, serapan air dan saiz pokok ketika dewasa.

Sebagai tindakan langkah ke hadapan untuk konservasi alam sekitar dan kelestarian hutan, program ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan para peserta mengenai pentingnya kepelbagaian biologi serta perlunya mengambil bahagian dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.

Inilah peluang yang patut dibanggakan dalam usaha sama untuk memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal) khususnya SDG3 (Health and Wellbeing), SDG 11 (Sustainable Cities and Communities), SDG13 (Climate Action) dan SDG 15 (Life on Land) ke arah bumi dan masa hadapan yang lebih hijau dan lestari.

Pastinya kami di UPM menyambut baik usaha-usaha dan penglibatan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) seperti Petronas ini dalam menyokong Agenda Nasional Negara melalui “Kempen Penanaman 100 Juta Pokok” menjelang tahun 2025.

Kami di UPM merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah memberi komitmen yang sangat baik bagi menjayakan program ini. Dengan adanya kolaborasi antara Petronas Carigali Sdn Bhd dan Universiti Putra Malaysia, kami percaya program ini akan memberi manfaat yang besar kepada semua pihak terlibat.

 

SENARAI PROJEK KERJASAMA KOMUNITI

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS) 2023

IPSAS, UPM DAN KRT TAMAN SEROJA BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT

 

Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia dan KRT Taman Seroja, Sepang telah mengadakan Program IPSAS UPM dan KRT Taman Seroja Bersama Masyarakat Setempat, di sekitar kabin KRT Taman Seroja. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Objektif utama program adalah untuk memperkasa komuniti dengan amalan cara hidup yang dapat meningkatkan kesejahteraan kehidupan dalam aspek sosial, budaya, ekonomi, dan persekitaran.

Program turut di serikan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Ronnie Liu Tian Khiew, ADUN Sg. Pelek, Tuan Haji Burhanuddin Haji Daud, Pengarah JPNIN Selangor, dan Tuan Haji Nor Mohd Zulkarnain Abdul Yazid, Ahli Majlis Bandar Baru Salak Tinggi

Dalam program ini, dua sesi ceramah telah dilaksanakan iaitu ceramah kesedaran penyakit bawaan nyamuk oleh Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman dan ceramah kesedaran penyalahgunaan dadah oleh En. Bobby Voo, dari AADK Daerah Sepang.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah demonstrasi penanaman cendawan dan khidmat nasihat tentang penanaman cendawan tiram, oleh pasukan dari Pusat Pertanian Universiti, UPM yang mendapat sambutan hangat daripada para peserta komuniti. Pihak TPU juga membuka gerai jualan kepada para pengunjung yang ingin membeli cendawan dan bongkah cendawan untuk membuat penanaman kendiri di rumah.

Antara lain aktiviti yang dilaksanakan ialah demonstrasi penjagaan kucing oleh pasukan dari Fakulti Perubatan Veterinar,UPM. Doktor yang bertugas juga turut memberikan informasi mengenai tatacara penjagaan kucing di rumah terutamanya dari segi cara pemakanan dan ubat-ubatan kucing.

Antara lain aktiviti yang dilaksanakan ialah saringan kesihatan asas (BMI, tahap glukosa, dan tekanan darah) secara percuma oleh pasukan dari Hospital Pengajar,UPM. Doktor perubatan yang bertugas juga telah memberikan khidmat konsultansi kepada para pengunjung mengenai penyakit dan cara penjagaan kesihatan yang rapi kepada mereka.

Program turut dimeriahkan dengan jualan buku-buku ilmiah, Tafsir Al-Quran dah Hadith, majalah serta komik-komik kanak-kanak oleh Kumpulan Media Karangkraf.

Para penduduk turut membuka gerai jualan makanan dan pakaian. Program ini telah berjaya menarik penyertaan lebih dari 100 orang ahli komuniti Taman Seroja. Program ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Penerangan Daerah Sepang dalam melaksanakan hebahan bergerak di sekitar Taman Seroja dan taman-taman perumahan berhampiran.

 

 

 

 

SENARAI PROJEK KERJASAMA KOMUNITI

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS) 2021

SENARAI PROJEK KERJASAMA KOMUNITI

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS) 2020

           

Bil

Aktiviti

Industri

Ketua Projek

1.

Program Komuniti Di Desa Lubok Sukon, Aceh, Indonesia

Lubok Sukon, Aceh

Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman

2.

Program pemerkasaan klien AADK menggunakan pendekatan SLC 

AADK

Prof. Madya Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan

3.

Khidmat Perundingan Penyelidikan dan Pendidikan Pengembangan UPM-KAGAT

KAGAT

Prof. Madya Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan

 

SENARAI PROJEK KERJASAMA KOMUNITI

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS) 2019

Projek Komuniti  2018 

 

Peserta Program Intervensi Modul Pengurusan Ruang Terhad bagi Penduduk Pangsapuri Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.      

Kemaskini:: 08/08/2023 [zulshafiq]

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXDdUAh~