UNIT LITERASI DAN ADVOKASI POLITIK (ADVOKASI) | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» LABORATORI & UNIT » UNIT LITERASI DAN ADVOKASI POLITIK (ADVOKASI)

UNIT LITERASI DAN ADVOKASI POLITIK (ADVOKASI)

Penyertaan politik belia dalam negara menjadi satu penandaaras penting kepada kematangan demokrasi dalam sesuatu negara. Penglibatan belia dalam aktiviti formal politik seperti pilihan raya dan keahlian dalam organisasi politik sering dijadikan ukuran kepada tahap penyertaan politik belia. Apabila Parlimen Malaysia meluluskan Rang Undang-undang Undi 18 pada tahun 2019, pelbagai reaksi telah diterima. Perbahasan di media massa dan sosial cenderung mengutarakan soal hak dan kematangan belia untuk mendukung sistem demokrasi menerusi undi dalam pilihanraya dan demokrasi secara umumnya. 

Selaras dengan perkembangan semasa berkaitan sosialisasi politik dalam kalangan belia, wujud keperluan kepada satu entiti yang memfokuskan kepada penyelidikan dan advokasi secara menyeluruh di peringkat akar umbi berkaitan sentimen dan aspirasi belia tentang kesejahteraan politik, demokrasi dan kenegaraan. 

Penubuhan Unit Literasi dan Advokasi Politik (ADVOKASI) ini diharapkan mampu mengukuhkan literasi dan kematangan politik dalam kalangan belia di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Usaha meningkatkan lagi tahap literasi dan kematangan politik belia sangat kritikal bagi menjadikan mereka warganegara yang bertanggungjawab bagi mengekalkan kedaulatan sesebuah negara dari sudut politik, sosial dan ekonomi pada masa kini dan masa akan datang. 

Misi ADVOKASI

ADVOKASI berfungsi sebagai:

  • pusat rujukan kajian sosialisasi politik dan kenegaraan belia secara komprehensif
  • peneraju program advokasi politik, demokrasi dan kenegaraan dalam kalangan belia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa 
  • penyedia latihan dan program pendidikan politik, demokrasi dan kenegaraan dalam kalangan belia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

Jangkaan Output ADVOKASI 

1) Instrumen pengukuran literasi dan kematangan politik dan kenegaraan dalam kalangan belia  

2) Laporan status semasa sosialisasi politik dan kenegaraan dalam kalangan belia di pelbagai peringkat masyarakat.

3) Pangkalan Data sosialisasi politik dan kenegaraan dalam kalangan belia di pelbagai peringkat di dalam dan luar negara 

4) Kertas Polisi, pelan tindakan, garis panduan dan modul pelaksanaan model pendidikan politik dan kenegaraan bertujuan membentuk hala tuju dan intervensi program yang boleh digunapakai oleh pelbagai pihak berkepentingan bagi meningkatkan literasi dan kematangan politik dalam kalangan belia. 

 
 

 

Bahan bacaan

CAWANGAN PARTI POLITIK DI KAMPUS USAH SAMPAI ROSAKKAN BUDAYA ILMU

UPM, MAHASISWA DAN PILUHANRAYA UMUM KE -15: MEREALISASIKAN PROSES DEMOKRASI NEGARA

UNDI18: PENDIDIKAN POLITIK DAN MEDIA SOSIAL PENGARUH BESAR UNDI BELIA 

Peluang Terbaik PAS Tonjol Kewibawaan Pemerintahan Islam

JANJI REALISTIK MAMPU PIKAT PENGUNDI LUAR BANDAR

Tanpa pendidikan dan ekonomi yang baik, rakyat senang dimanipulasi

Undi 18: Corak kempen PRU-15 berubah

Undi18 PRN Johor rintis idealisme anak muda bina negara bangsa

 

  

Kemaskini:: 21/07/2023 [zulshafiq]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdXA3~