KUNJUNGAN HORMAT IPSAS DAN KAGAT | INSTITUTE FOR SOCIAL SCIENCE STUDIES
» NEWS » KUNJUNGAN HORMAT IPSAS DAN KAGAT

KUNJUNGAN HORMAT IPSAS DAN KAGAT

Kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah KAGAT, Mejar Jeneral Dato’ Hj. Mohd Rashidi Bujai telah berlangsung pada 3 April 2026 yang lalu. Delegasi IPSAS diketuai oleh Prof. Dr. Haslinda Abdullah, Pengarah IPSAS bersama Prof. Madya Dr. Mohd Roslan Rosnon, Penyelidik Bersekutu IPSAS dan Puan Nurul Akhtar Kamarudin, Pegawai Tadbir IPSAS.
 
Pertemuan ini telah disambut dengan penuh mesra oleh pihak KAGAT, membuka ruang kepada pelbagai potensi kerjasama strategik khususnya dalam bidang penyelidikan dan penganjuran program.
 
Susulan itu, pada 10 April 2026, pihak KAGAT telah mengadakan kunjungan balas ke IPSAS bagi memperkukuh perbincangan lanjut berkaitan kolaborasi antara IPSAS–KAGAT–ATM.
 
Semoga jalinan kerjasama ini terus berkembang dan memberi impak positif kepada seluruh warga KAGAT khususnya, serta Angkatan Tentera Malaysia secara amnya.
 
 

Date of Input: 10/04/2026 | Updated: 13/05/2026 | alyarahim

MEDIA SHARING

INSTITUTE FOR SOCIAL SCIENCE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
X, (05:31:59am-05:36:59am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]