IPSAS menyediakan latihan yang memfokuskan kepada kemahiran berkaitan penyelidikan. Sasaran peserta ialah pelajar siswazah, pensyarah, penyelidik dan individu yang berminat. Terdapat dua mod latihan yang ditawarkan iaitu Latihan Berjadual dan Latihan Tidak Berjadual di mana program latihan dirangka berdasarkan permohonan dan keperluan pelanggan. Antara sesi latihan yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Workshop on Structural Equation Modelling using AMOS
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Nooryati Sajat Tel :03-97691874 / 0136356772; atau email: nooryati@upm.edu.my.
Di samping itu, IPSAS juga menyediakan perkhidmatan ruang dan bilik untuk disewa dengan kadar yang berpatutan untuk sebarang aktiviti yang bersesuaian. Perkhidmatan sewaan ini tidak terhad kepada PTJ dalaman UPM sahaja tetapi juga terbuka kepada agensi luar yang berminat.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Zainor Mazwin Zainal Tel : 03-97697352; atau email: mazwin@upm.edu.my.