Aluan Pengarah | INSTITUTE FOR SOCIAL SCIENCE STUDIES
» ABOUT US » DARI MEJA PENGARAH » Aluan Pengarah

Aluan Pengarah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera

Selamat datang ke Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) 

 

Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) yang ditubuhkan pada November 2001 merupakan sebuah institusi yang memfokuskan pembangunan belia dan komuniti. Penyelidikan serta perundingan yang dijalankan di IPSAS melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, antaranya golongan rentan seperti wanita, Orang Kurang Upaya (OKU) dan golongan B40, selain petani, pesawah, nelayan serta belia. Walau bagaimanapun, tumpuan utama diberikan kepada usaha membangun dan memperkukuh generasi masa hadapan dalam semua lapisan masyarakat demi kesejahteraan bersama.

Di IPSAS, kami menawarkan bidang pengajian belia, pengajian kepimpinan, pendidikan komuniti serta pemajuan desa. Dengan kepakaran yang dimiliki, kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pihak berkepentingan, sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Selain itu, IPSAS turut menjalinkan kerjasama erat dengan pelbagai pemegang taruh yang berkaitan dengan bidang kajian, termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu perseorangan yang mempunyai kesungguhan untuk membangunkan dan mensejahterakan belia serta komuniti di Malaysia.

Kesungguhan ini diterjemahkan melalui penghasilan beberapa dasar di peringkat negeri dan kebangsaan. Penglibatan penyelidik IPSAS di peringkat antarabangsa turut membuktikan bahawa kepakaran institusi ini mendapat pengiktirafan di peringkat global.

Sehubungan itu, pihak anda dijemput untuk melayari laman sesawang IPSAS. Diharapkan hubungan baik ini dapat dibina dan diperkukuh secara berterusan.

 

Profesor Dr. Haslinda binti Abdullah

Pengarah
Institut Pengajian Sains Sosial
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor

 

 

Updated:: 15/01/2026 [alyarahim]

MEDIA SHARING

INSTITUTE FOR SOCIAL SCIENCE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
S, (10:31:40pm-10:36:40pm, 28 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]