KUNJUNG HORMAT INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL UPM KE YAYASAN BASMI KEMISKINAN | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » KUNJUNG HORMAT INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL UPM KE YAYASAN BASMI KEMISKINAN

KUNJUNG HORMAT INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL UPM KE YAYASAN BASMI KEMISKINAN

KELANA JAYA, 1 Mac 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menerima kunjung hormat daripada Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia pagi ini di Rumah YBK Kelana Jaya.

IPSAS diwakili oleh Prof. Dr. Haslinda Abdullah (Pengarah IPSAS) dan diiringi oleh Pn. Nurul Akhtar Kamaruddin (Pegawai Penyelidik Sosial) dan En. Zaifunizam Ariffin (Pegawai Eksekutif).

Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom mengalu-alukan kehadiran IPSAS dan telah memberikan taklimat ringkas berkenaan YBK. Turut hadir, En. Zulhairy Jalaluddin dan En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Ketua-ketua Jabatan, dan Pn. Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah).

Kunjung hormat IPSAS ini merupakan lanjutan kepada kunjung hormat ulung yang telah dilakukan sebelum ini, dan juga untuk memperkukuhkan kolaborasi yang sedia terjalin di antara YBK dan IPSAS khususnya dalam bidang penyelidikan kemiskinan dan kesejahteraan.

SUMBER : FB YBK

 

Tarikh Input: 15/03/2023 | Kemaskini: 15/03/2023 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEbNAI~