MALAYSIA-SAUDI ARABIA INTERNATIONAL SEMINAR ON YOUTH & COMMUNITY ISSUES 2024 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » MALAYSIA-SAUDI ARABIA INTERNATIONAL SEMINAR ON YOUTH & COMMUNITY ISSUES 2024

MALAYSIA-SAUDI ARABIA INTERNATIONAL SEMINAR ON YOUTH & COMMUNITY ISSUES 2024

6 Februari 2024, Mekah, Arab Saudi- Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM dengan kerjasama Golden Hajj Travel & Tour Sdn Bhd serta Haji & Mu’tamer Gift Charitable Association (HADIYAH), Saudi Arabia telah menjayakan Persidangan Seminar Antarabangsa “Malaysia Saudi Arabia International Conference on Youth and Community Issues 2024 yang dihadiri seramai lebih 30 orang peserta dari kalangan pensyarah dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kementerian dari pelbagai agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Malaysia yang diadakan di Syarikat Mekah, Arab Saudi. Tema bagi seminar ialah Malaysia-Saudi Arabia Youth and CommunityWell-Being Assets of ‘Ummah’ Well-Being telah dipilih selaras dengan belia dan masyarakat sebagai entiti utama pembangunan sesebuah negara.

Seminar ini merupakan inisiatif daripada Prof. Madya Dr Haliza Abdul Rahman, Ketua Laboratori Belia dalam Kepemimpinan, Politik dan Kewarganegaraan, IPSAS, UPM selaku Pengarah Program yang mewakili UPM dalam sesi ucapan aluan sebagai permulaan agenda.Kunjungan kami telah disambut baik oleh pihak Hadiyah, Arab Saudi yang diwakili oleh Tuan Qaqer Al Qarni Mohammad, Setiausaha Agung Jawatankuasa Kebangsaan Penjagaan Banduan, Bekas Banduan dan Keluarga Banduan, Arab Saudi. Beliau juga turut menyampaikan Keynote Speaker pertama yang bertajuk Saudi Arabia Youth As Future Of The Nation yang melihat bagaimana peranan penting belia ini boleh membentuk masa depan negara dan dengan itu menyumbang kepada pencapaian SDG (Matlamat Pembangunan Mampan). Belia Arab Saudi memegang peranan utama dalam usaha menyokong SDG 4, iaitu pendidikan berkualiti untuk semua. Melalui pelaburan dalam pendidikan tinggi dan pembangunan kemahiran, mereka membentuk sumber manusia yang kompeten dan bersedia untuk menghadapi cabaran dunia moden.

Perkongsian juga diberikan oleh keynote speaker kedua iaitu Mr Ibrahim Al Noory, wakil dari pihak Hadiyah yang menyatakan penglibatan belia Arab Saudi dalam NGO, kita perlu memahami isu-isu dan cabaran yang mereka hadapi agar dapat memberikan sokongan yang diperlukan. Perkaitannya dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), kita dapat memastikan bahawa usaha belia dalam NGO sejajar dengan agenda global untuk mencapai pembangunan yang mampan dan adil. Melalui kesedaran, pelatihan, dan sokongan, kita dapat membantu belia Arab Saudi untuk menjadi agen perubahan yang lebih efektif dalam mencapai matlamat pembangunan mampan.

Wakil keynote speaker dari UPM telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman yang bertajuk Knowledge, Attitude And Practice On The Importance Of  Green Area Among Youths In Putrajaya.  Ia bertepatan dengan SDG 15 - Life on Land. Topik yang berkaitan dengan usaha menjaga kehidupan di daratan dan memastikan pengelolaan hutan yang lestari. Memahami pengetahuan, sikap, dan amalan belia terhadap kawasan hijau dapat mendukung pelaksanaan SDG 15 untuk melindungi, mengembalikan, dan mempromosikan pengelolaan hutan yang lestari.

Manakala Prof Dr Rusli Abdullah yang bertajuk Empowering The Cyber Generation: Digital Inclusion And     Education For Youth In The Digital Era yang menyokong usaha SDG 17 - Partnerships for the Goal. Pengukuhan generasi siber memerlukan kerjasama antara pemerintah, sektor swasta, dan masyarakat. Hal ini sejalan dengan SDG 17 yang menekankan pentingnya kemitraan untuk mencapai matlamat pembangunan mampan.

Kedua wakil keynote speaker dari UPM dengan tajuk yang berbeza telah memberikan wawasan dan pengetahuan yang relevan dalam konteks SDGs. Kontribusi mereka memberikan pandangan yang menyeluruh tentang bagaimana pemahaman dan keterlibatan belia dapat memainkan peranan dan kunci dalam pencapaian tujuan pembangunan mampan.

Dua kuliah tamu dari UPM turut serta disampaikan oleh Prof Dr.  Mohd Mursyid bin Arshad dan Prof Madya Dr Hanina Halimatusaadiah Hamsan. Masing-masing membawa tajuk Promoting Developmental Assets in Positive Youth Development: Identity Development Process in Malaysia and Saudi Arabia dan The Significance of Pilgrimage Worship as a Holistic Training Module for Muslim Youth.

Kedua kuliah tamu ini mempunyai relevansi dengan SDG 1 - No Poverty melalui pemberdayaan belia untuk mengembangkan aset pembangunan positif yang dapat membantu mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup. Berkaitan juga dengan SDG 3 - Good Health and Well-being yang melalui penekanan pada ibadah haji sebagai modul latihan holistik yang dapat memberikan manfaat untuk kesejahteraan rohaniah dan mental belia Muslim.

Turut diadakan pembentangan poster hasil penyelidikan dari kalangan pensyarah UPM, UKM dan UMS yang meneroka isu-isu penting yang berkaitan dengan belia dan kesejahteraan komuniti dalam konteks Malaysia dan Arab Saudi.

 

 

  

Tarikh Input: 14/03/2024 | Kemaskini: 14/03/2024 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEbQAY~