UPM SERDANG, 24 Januari – Institut Pengajian Sains Sosial, UPM telah menerima kunjungan 20 orang delegasi Social Research Institute, Chulalongkorn Universiti, Thailand, terdiri daripada penyelidik dan staf pentadbiran. Ketibaan delegasi CUSRI disambut oleh Prof. Dr. Haslinda Abdullah, Pengarah IPSAS dan beberapa ahli pengurusan IPSAS.
Delegasi CUSRI kemudian diberi penerangan tentang IPSAS sebagai institusi penyelidikan sains sosial utama di UPM dan diikuti dengan pembentangan oleh CUSRI. CUSRI turut berkongsi tentang produk inovasi sosial yang telah dan sedang dilaksanakan. Di samping itu, kedua-dua pihak turut berminat untuk berkolaborasi dalam aktiviti penyelidikan, penerbitan, latihan, pengajian siswazah serta perlaksanaan seminar. Kerjasama ini akan diformalisasikan melalui MOU yang akan ditandatangani dalam masa terdekat.
Tarikh Input: 26/01/2024 | Kemaskini: 20/02/2024 | nm_aini