ada 7 Februari 2024, delegasi IPSAS menjalankan kunjungan ke The Habibie Center (THC) di Jakarta Selatan yang diwakili oleh Pengarah IPSAS, Ketua Lab Belia dalam Kepimpinan Politik dan Kewarganegaraan, Penyelidik Bersekutu dan Pegawai Penyelidik. Kehadiran delegasi IPSAS disambut oleh Dr. Mohammad Ansori Hasan, PhD, Pengarah THC bersama penyelidik yang lain. Dalam sesi perbincangan bersama THC, delegasi IPSAS telah memberi penerangan tentang peranan IPSAS sebagai institusi penyelidikan sains sosial utama di UPM yang berkait rapat dengan peranan THC. Pelbagai topik semasa berkenaan isu komuniti Malaysia-Indonesia telah dibincangkan bagi membina kefahaman bersama dan peluang untuk berkolaborasi di dalam aktiviti penyelidikan dan penerbitan antara organisasi di masa akan datang.
Tarikh Input: 13/02/2024 | Kemaskini: 13/02/2024 | nm_aini