LAWATAN KORPORAT IPSAS KE SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » LAWATAN KORPORAT IPSAS KE SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

LAWATAN KORPORAT IPSAS KE SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Serdang, 10 Mei:- Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Unversiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan lawatan korporat ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 18 Disember 2020 lalu bagi meneruskan jaringan dan kerjasama antara IPSAS dan SPRM serta mempromosikan peranan dan fungsi IPSAS yang baharu. IPSAS yang diketuai oleh Pengarah, Profesor Dr. Ismi Arif Ismail telah diberikan taklimat oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil. Turut serta dalam kunjungan ini adalah Ketua Laboratori Belia dalam Kepemimpinan, Politik dan Kewarganegaraan, Prof. Madya Dr. Hanina Haimatusaadiah Hamsan, Ketua Laboratori Kesejahteraan Belia dan Komuniti, Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, dan Ketua Laboratori Generasi Siber Prof. Madya Dr. Akmar Hayati Ahmad Ghazali.

SEKIAN
Prof. Madya Dr. Akmar Hayati Ahmad Ghazali.

Tarikh Input: 12/05/2021 | Kemaskini: 12/05/2021 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEbJA6~