PROGRAM PENGURUSAN RUANG TERHAD BERSAMA PENDUDUK PANGSAPURI SRI PENARA, BANDAR SRI PERMAISURI, CHERAS, KUALA LUMPUR | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » PROGRAM PENGURUSAN RUANG TERHAD BERSAMA PENDUDUK PANGSAPURI SRI PENARA, BANDAR SRI PERMAISURI, CHERAS, KUALA LUMPUR

PROGRAM PENGURUSAN RUANG TERHAD BERSAMA PENDUDUK PANGSAPURI SRI PENARA, BANDAR SRI PERMAISURI, CHERAS, KUALA LUMPUR

Pada 14 April 2018 yang lalu, bertempat di Bilik KRT Pangsapuri Sri Penara Fasa ‘A’, Pangsapuri Sri Penara, Bandar Sri Pemaisuri ,Cheras, Kuala Lumpur telah berlangsung Siri 1 : Program Pengurusan Ruang Terhad dan telah dihadiri oleh 16 orang peserta.  Projek komuniti ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Asnarulkhadi Abu Samah, Pengarah IPSAS dan dibantu oleh Puan Nor Aini Mohamed selaku Pegawai Penyelaras Program dan mendapat sokongan penuh dari Pengerusi KRT Pangsapuri Sri Penara Fasa ‘A’, iaitu En. Azman Hussin.

Pangsapuri Sri Penara merupakan pangsapuri kos rendah yang mempunyai 2,686 unit dengan keluasan 650 kaki persegi dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air dan terletak berhampiran kemudahan awam seperti  LRT, sekolah, masjid, dan taman rekreasi menjadikan pangsapuri ini sebagai tempat tumpuan untuk membina kehidupan, terutama bagi golongan belia.Objektif utama program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada peserta program tentang keperluan dan kepentingan menguruskan ruang rumah dan persekitaran yang terhad. Di samping itu, program ini juga bermatlamat untuk  memberi pengetahuan dan kemahiran asas kepada peserta program tentang perancangan dan pelaksanaan pengurusan ruang rumah dan persekitaran yang praktikal bagi mewujudkan persekitaran yang harmoni, selesa dan selamat.

Antara faktor yang memberi kesan ke atas kualiti hidup belia secara umumnya adalah keadaan dalaman dan luaran rumah serta persekitaran tempat kediaman. Sehubungan dengan itu, IPSAS sebagai sebuah institut penyelidikan perintis di Malaysia dalam bidang belia dan pembangunan komuniti, mengambil peluang jaringan kerjasama yang ada dengan pihak KRT Pangsapuri Sri Penara Fasa A untuk melaksanakan program pengurusan ruang terhad kepada penduduk pangsapuri ini.  

 

Sesi ceramah oleh Prof. Madya Dr. Asnarulkhadi. 

 

Aktiviti perbincangan berkumpulan 

 

Aktiviti Perbincangan Kumpulan 

 

 

Disediakan oleh : 
Puan Nor Aini Mohamed
Penyelaras Program 

Tarikh Input: 16/04/2018 | Kemaskini: 03/05/2018 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEbGA5~