SIDANG PAKAR KEPIMPINAN BELIA KE - 4 MENGUPAS ISU KEPIMPINAN BELIA MELALUI KESUKARELAWANAN | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » SIDANG PAKAR KEPIMPINAN BELIA KE - 4 MENGUPAS ISU KEPIMPINAN BELIA MELALUI KESUKARELAWANAN

SIDANG PAKAR KEPIMPINAN BELIA KE - 4 MENGUPAS ISU KEPIMPINAN BELIA MELALUI KESUKARELAWANAN

 

UPM Serdang, 30 Januari -  Siri sidang pakar kepimpinan belia anjuran Institut Pengajian Sains Sosial diteruskan dengan penganjuran kali ke – 4 dengan topik Menggilap Kepimpinan Belia Melalui Kesukarelawanan. Sidang pakar ini diterajui oleh Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamarudin, Profesor Adjung IPSAS,  dan dua orang ahli panel iaitu Dato’ Ahmad Azam, Pengerusi WADAH Selangor dan Ir. Tn. Hj. Mohd Jamaludin Mohamad Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif ACCIN Malaysia. Kedua – dua ahli panel mempunyai pengalaman luas dalam bidang kesukarelawanan, bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

Sidang dimulakan dengan sesi pengenalan oleh Dr. Zaleha Kamarudin tentang topik. Ini disusuli dengan perkongsian oleh kedua-dua ahli panel. Pada akhir sesi, peserta diberi peluang untuk mengemukakan soalan  kepada ahli panel serta memberi maklumbalas tentang isu yang dibincangkan. Seramai 30 orang peserta hadir yang terdiri daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, serta penyelidik dalam bidang kepimpinan belia.

 

Tarikh Input: 08/02/2024 | Kemaskini: 08/02/2024 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEWEA6~