UPM SERDANG, 7 September 2023 - Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM telah mengadakan Siri Sidang Pakar Kepimpinan Belia Siri 2/2023, dengan tajuk Peranan Dalam Memaknai Kemerdekaan di Era Baharu, bertempat di Youth Arena, IPSAS, Putra Infoport.
Sidang pakar ini diterajui oleh Prof. (B) Dato’ Sri Zaleha Kamarudin, dan ahli panel ialah Dr. Jufitri Joha, Pengerusi Benevolent Malaysia dan Dato’ Dr. Hjh Wasitah Haji Mohd Yusof, Pakar Bidang Pembangunan Belia dan Sukan Rekreasi.
Menurut Dr. Jufitri, pemimpin belia mesti berfikir seperti ahli falsafah untuk mencari makna membentuk idealisme sebagai paksi. Pemimpin belia juga perlu bertindak seperti aktivis untuk menterjemah makna menjadi aksi sebagai output dan outcome. Sidang pakar kali ini dihadiri oleh 30 peserta dari pelbagai agensi belia termasuk Adab Youth Garage, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Selangor Youth Community, Pemuda – GEMA, dan IIUM Centre for Foundation Studies.
Tarikh Input: 11/09/2023 | Kemaskini: 11/09/2023 | nm_aini