Siri Syarahan Ketokohan Belia Bersama Sasterawan Negara 2019 YBhg Datuk Dr Siri Zainon Ismail | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Siri Syarahan Ketokohan Belia bersama Sasterawan Negara 2019 YBhg Datuk Dr Siri Zainon Ismail

Siri Syarahan Ketokohan Belia bersama Sasterawan Negara 2019 YBhg Datuk Dr Siri Zainon Ismail

6 Jan 2023 bertempat di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori, UPM, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia, UPM  dengan kerjasama  Pusat Kajian Tinggi, Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah Universiti Teknologi Malaysia  (RZS CASIS UTM) dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM  telah menganjur program Siri Syarahan Ketokohan Belia  bersama dengan Sasterawan Negara 2019 YBhg Datuk Dr Siri Zainon Ismail.

Majlis ini di rasmikan oleh YBhg Prof Dr Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa.  Majlis ini juga dihadiri oleh Pengarah IPSAS, YBhg Prof Dr Haslinda Abdullah, YBrs Prof Madya Dr Khalid Muammar A. Haris, Pengarah RZS CASIS UTM dan juga YBrs Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman Pengerusi Program.

Majlis di mulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Putra Gemilang dan di ikuti oleh bacaan doa yang  diketuai oleh AlFadhil Ustaz Norhisyam Nordin.  Majlis ini turut diserikan dengan persembahan silat oleh Adik  Muhammad Aliffadha Sabri dari Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia, Telok Panglima Garang Selangor dan deklamasi Gurindam 12 Raja Ali Haji oleh YBrs Prof Madya Dr Kamariah Kamarudin dan  Saudari Fatin Fatiha yang  cukup syahdu  dan sungguh mendalam  makna dan falsafahnya.

Acara utama adalah sesi kupasan topik KETOKOHAN KEPEMIMPINAN RAJA ALI HAJI : CONTOH TAULADAN UNTUK PEMBANGUNAN BELIA MASAKINI DAN MASA HADAPAN yang  disampaikan oleh Sastawan Negara 2019 YBhg Datuk Dr Siti Zainon Ismail dimana beliau berharap perjuangan Raja Ali Haji diangkat dan diambil iktibar oleh masyarakat sekarang dalam mendepani cabaran yang  di hadapi oleh belia khususnya dan negara am nya.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan sesi bergambar beramai ramai sebagai tanda kenangan.

 

Tarikh Input: 12/01/2023 | Kemaskini: 31/01/2023 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEbFAM~