THE 3RD DISTINGUISHED LECTURE SERIES ON YOUTH WELL BEING OLEH YB HANNAH YEOH, MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » THE 3RD DISTINGUISHED LECTURE SERIES ON YOUTH WELL BEING OLEH YB HANNAH YEOH, MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

THE 3RD DISTINGUISHED LECTURE SERIES ON YOUTH WELL BEING OLEH YB HANNAH YEOH, MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

UPM SERDANG, 6 April 2023 - 3rd Distinguished Lecture Series on Youth Well Being telah diadakan pada 6 April 2023 bertempat di Auditorium Rashdan Baba, Bangunan TNCPI, UPM. Siri syarahan ini adalah penganjuran kali ketiga oleh Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) dengan kerjasama Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM), Institut Darul Ehsan (IDE) dan Selangor Youth Community (SAY).

Tema syarahan pada kali ini adalah The Challenges of Balanced Youth Development in the Cyber Era dan ianya telah disampaikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Antara isu yang ditekankan oleh YB Menteri adalah berkaitan kesihatan mental dalam kalangan belia, pewujudan semula program Rakan Muda dan masalah muflis dalam kalangan belia hari ini.

Siri syarahan ini telah dihadiri seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dalam dan luar negara, kumpulan belia dari pelbagai agensi dan para pensyarah.

Majlis ini turut menyaksikan pertukaran MOU antara UPM dan Institut Pembangunan dan Penyelidikan Belia Malaysia (IYRES), KBS. Semoga dengan kerjasama ini akan dapat membantu pihak kerajaan dalam mendapatkan data dan seterusnya menyediakan polisi yang terbaik bagi golongan belia di Malaysia.

 

Tarikh Input: 19/04/2023 | Kemaskini: 19/04/2023 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEbGAD~