Pertubuhan Pemerkasaan Keluarga / Family Empowerment (FAME), Pertubuhan Lead Up Malaysia dan Kempen Wanita Sayangi Diri telah menjalankan satu Persidangan Meja Bulat bagi membincangkan Jenayah Femicide yang semakin menular dalam kalangan masyarakat pada hari ini dengan kerjasama Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia.
Disini beberapa Resolusi Persidangan Meja Bulat Sosial tersebut:
1. FEMICIDE berakar umbi dari salah faham akan peranan dan tanggungjawab gender (gender role) dan masyarakat perlu diberi faham berkaitan subjek ini dengan lebih komprehensif melalui sudut pandang hak asasi manusia, agama dan budaya.
2. Faktor sampingan seperti pornografi yang berleluasa perlu dibendung melalui akta yang berkaitan secara bersama dan efektif.
3. Pengurusan emosi merupakan salah satu perkara penting dalam membendung isu jenayah Femicide. Keperluan kepada pendidikan pengurusan emosi dan kesihatan mental di sekolah mahupun di rumah menjadi satu perkara yang harus dititikberat oleh semua pemegang taruh.
4. Jenayah Femicide ini merupakan suatu jenayah yang mensasarkan wanita sebagai mangsa bunuh. Keselamatan wanita perlu diberi penekanan dalam ruang sosial di persekitaran fizikal mahupun maya (media sosial).
5. Kefahaman jenayah Femicide dalam masyarakat perlu disebarluaskan supaya masyarakat mendapat pengetahuan dan informasi yang sebenar.
6. Keluarga sebagai institusi nukleus utama dalam masyarakat perlu diberdaya dengan sekukuhnya agar menjadi benteng dalam menangani isu-isu sosial yang melingkari dalam masyarakat termasuklah jenayah berasaskan gender dan keganasan rumahtangga.
Oleh yang demikian, semua pemegang taruh termasuklah kementerian, agensi kerajaan, badan berkanun, badan masyarakat sivil (NGO) dan pempengaruh perlulah berganding bahu bersama-sama dalam melakukan advokasi, kesedaran dan pembuatan polisi melalui pendekatan whole-of-society khususnya dalam aspek kesejahteraan sosial masyarakat.
Sekian, terima kasih.
“Sejahtera Keluarga, Sejahtera Negara.”
Pertubuhan Pemerkasaan Keluarga (FAME)
Pertubuhan Lead Up Malaysia (LEAD UP)
Kempen Wanita Sayangi Diri
Sebarang pertanyaan;
Emel:
familyempowerment.info@gmail.com
Date of Input: 27/08/2024 | Updated: 20/01/2026 | nm_aini

Putra InfoPort
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA