Oleh : Nor Aini Mohamed
Rukun Tetangga (RT) merupakan sebuah organisasi sosial di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan lntegrasi Nasional (JPNIN), diwujudkan di setiap kawasan perumahan, yang berperanan membantu kerajaan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Fungsi utama penubuhan KRT ialah menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat. Di samping itu, KRT juga perlu mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana. Sehubungan dengan itu, KRT dilihat mampu memainkan peranan penting dalam membantu menangani masalah penyalahgunaan dadah di kawasan PPR/PA, dengan kerjasama pegawai AADK dan dibantu agensi penguatkuasaan yang lain. Walaubagaimanapun, setiap KRT yang diwujudkan mempunyai cabaran yang tersendiri dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang, terutama aktiviti yang dirancang khusus untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah. Cabaran tersebut termasuklah cabaran di peringkat ahli KRT itu sendiri mahupun peringkat komuniti. Oleh itu, satu kajian untuk mengkaji peranan KRT dalam isu penyalahgunaan dadah di PPR/PA ini perlu dilaksanakan dalam memastikan KRT dapat menjalankan aktiviti yang sesuai dan berkesan, yang seterusnya dapat mengurangkan masalah penyalahgunaan dadah. Masyarakat di PPR/PA dapat hidup dengan aman dan harmoni dan kualiti hidup akan dapat ditingkatkan.
Dadah adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi (Agensi Anti dadah Kebangsaan,2011, Hazman, et al, 2004). Konsep pemerkasaan (empowerment) adalah bersesuaian untuk program intervensi penyalahgunaan dadah di komuniti. Pemerkasaan berkaitrapat dengan sistem yang membantu secara semulajadi berserta tingkahlaku proaktif dan memerlukan pengamal berfikir dalam konteks kesejahteraan berbanding penyakit, kompetensi berbanding kekurangan, dan pencegahan berbanding rawatan. Elemen penting dalam teori pemerkasaan ini ialah proses penyertaan individu yang mana mereka bekerjasama untuk meningkatkatkan kualiti kehidupan dalam komuniti (Peterson & Speer, 2000). Walaupun terdapat aktiviti pencegahan penyalahgunaan dadah yang berjaya menarik penyertaan masyarakat, faktor yang mendorong penyertaan tersebut dan hubunganya dengan pemerkasaan dalam komuniti masih memerlukan penelitian yang mendalam oleh pengkaji.
Keberkesanan program dan aktiviti pencegahan penyalahgunaan dadah yang dilaksanakan di komuniti yang disasarkan akan lebih meningkat berbanding program dan aktiviti yang dilaksanakan secara umum. lni disokong oleh Groff, Weisburd, dan Yang (2017) menyatakan bahawa jenayah cenderung untuk bertumpu di kawasan 'hot spots' dan usaha untuk memerangi jenayah mengikut kawasan adalah berkesan. Penerangan tentang hasil kajian ini ialah berdasarkan 'routine activity theory' yang menjelaskan bagaimana paten tingkahlaku manusia mengarah kepada kesungguhan untuk bertumpu ke sesetengah lokasi, yang mana individu yang melakukan jenayah dan mangsa jenayah berkumpul (Sherman, Gartin, dan Buerger 1989; Cohen dan Felson 1979).
Sehingga Julai 2019, terdapat 1066 buah Rukun Tetangga di negeri Selangor. (Jabatan Perpaduan Negara dan lntegrasi Nasional, 2019). Pada tahun 2016, Model Transformasi Rukun Tetangga telah dilancarkan dengan matlamat perlaksanaan program dan aktiviti berlandaskan lima teras iaitu perpaduan, ekonomi, keselamatan, pendidikan dan kuallti hidup. KRT dianggotai oleh sekumpulan ahli dalam komuniti yang mempunyai variasi dari segi latar belakang pendidikan, status sosio ekonomi, budaya dan kepercayaan. Jawatan dalam KRT ialah Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Timbalan Setiausaha, Bendahari, Ketua Peronda SRS, Pengerusi Jiran Wanita, Pengerusi Jiran Muda, Pengerusi Jiran Usia Emas serta beberapa orang AJK. Kejayaan sesebuah kumpulan amat bergantung kepada bagaimana pemimpin membantu keberkesanan kumpulan (team effectiveness).
Dalam aspek pencegahan penyalahgunaan dadah, Pengerusi Jiran Muda perlu memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan persekitaran sosial yang kondusif, terutama bagi remaja dari terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat seperti penagihan dadah. Kajian oleh Rozmi et al (2017) mendapati domain faktor persekitaran sosial amat penting dalam memahami keterlibatan remaja dalam penyalahgunaan bahan dan perlu diberi perhatian dalam merangka dan membina program pencegahan. lmplikasi kajian ini mencadangkan bahawa sebarang dasar atau pembinaan modul pencegahan salah guna bahan dalam kalangan remaja perlu memfokus kepada aspek mengurangkan risiko dalam faktor persekitaran sosial seperti keadaan sekolah dan faktor komuniti yang tidak kondusif. Menurut Sabri (2016) aktivtti rukun tetangga ini boleh menjadi medium bagi menyampaikan mesej positif bagi mewujudkan hubungan yang lebih harmoni di peringkat kawasan atau akar umbi, dan negara umumnya selain mencegah daripada berlakunya kejadian-kejadian jenayah di kawasan setempat.
Aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh KRT secara relatifnya menjana penyertaan masyarakat tanpa mengira kelas sosial. la bertujuan untuk memperkukuhkan kelompok komuniti dalam kawasan kejiranan yang mampu mencernakan keakraban dan keutuhan ikatan perpaduan di antara mereka (Meor,2010). Komuniti yang mempunyai asas kejiranan yang kukuh mampu membina semangat kerjasama untuk mewujudkan persekttaran komuniti yang sihat dan selesa untuk didiami. Oleh ttu, program dan aktivtti pencegahan penyalahgunaan dadah yang dilaksanakan oleh pihak KRT akan dapat menarik penyertaan dari semua ahli komuniti. Walaubagaimanapun, program tersebut perlu dirancang dengan baik dan ini amat memerlukan ahli KRT yang komited dan mempunyai kompetensi dalam setiap aspek perancangan dan perlaksanaan program. Di samping itu, adalah amat penting bagi ahli KRT diberi latihan yang bersesuaian.
Einstein (1974) telah menyenaraikan bidang pengetahuan yang diperlukan oleh ahli komuniti dalam membanteras penyalahgunaan dadah ialah; 1) Maklumat tentang dadah, 2) Peranan komuniti dalam rawatan pemulihan dadah, 3) Sikap dan amalan terhadap dadah oleh penagih dadah, 4) Pendidikan tentang kehidupan bermasyarakat antara penagih dadah dan bukan penagih, 5) Pengendalian kes-kes awal penemuan penyalahgunaan dadah, serta 6) Kefahaman tentang budaya dan agama. Boyatzis (2008) telah menyenaraikan tiga faktor yang menyumbang kepada keberkesanan dalam melaksanakan tugasan, iattu kompetensi individu, kehendak tugas dan pesekitaran organisasi. Dalam sebuah organisasi sukarela, penekanan adalah kepada kompetensi individu. Menurut Williams (2008), kompetensi individu merangkumi motif, ciri peribadi, imej peribadi, peranan sosial, kemahiran dan pengetahuan yang menunjukkan seseorang individu mampu melaksanakan tugasan. Di samping itu, peranan media sosial juga amat penting dalam organisasi sukarela (Zorn, Grant dan Henderson, 2013) terutama untuk menarik perhatian golongan muda. Kompetensi dalam sosial media juga perlu dikuasai oleh ahli KRT dalam memastikan keberkesanan setiap program dan aktivtti pencegahan penyalahgunaan dadah yang dilaksanakan. Perumahan kos rendah sering dikaitkan dengan pelbagai masalah ekonomi dan sosial, mendorong masyarakat mempersepsikan rumah kos rendah dan persekitarannya sebagai tidak kondusif untuk didiami. Tidak semua orang mampu memiliki rumah yang sempurna yang mempunyai ruang yang cukup, kemudahan yang lengkap, selamat dan bersih. Ramai yang memilih mendiami rumah kos rendah, terutama mereka yang tinggal di bandar besar. Alasan kemampuan dan aksesibiliti menjadikan perumahan kos rendah terutamanya flat padat dan sesak, di samping persaingan untuk menggunakan ruang dan kemudahan awam. Walaubagaimanapun, dewasa ini apa yang lebih membimbangkan ialah kawasan PPR termasuk dalam zon merah kawasan penyalahgunaan dadah.
Tarikh Input: 20/12/2024 | Kemaskini: 20/01/2026 | nm_aini
